Thursday, April 23, 2009

5 Little Thing Little Caucasian Boy...

1. Jaws of Life - John Petrucci (Suspended Animation)
2. Freedom of Speech - Liquid Tension Experiment (Liquid Tension Experiment 2)
3. Your Amazing Grace - Marcus Miller (M2: Limited Edition)
4. Animate Inanimate - John Petrucci (Suspended Animation)
5. Ingin Kau Kembali - Garasi (Garasi II)
6. When The Water Breaks - Liquid Tension Experiment (Liquid Tension Experiment 2)
7. You Am I - Static X (Cult of Static)

*Today cruelsome playlist of me uses to rise my middle finger for another KL drivers while I'm stuck in traffic jam...

MAKA LAGI SEKALI...

Nutshell...,
To everyone who is following this blog, i'm so sorry again of the suspension of the writings, thoughts and whatever it may takes throughout this blog...
At the time i was writing this article, i was too busy and turbulenced by something in the middle, course to serve, heavy workload to be marching-forward to the industry.
Lag... Everything's just lag like a jet to taking off.. Alert and be ready for some of risks that i have to encounter of. Someone to care, feed her all over the nights when we comes to dinner. That she is standing by near me all over the moment... I MISS YOU B... AND PEOPLE OUT THERE, keep your eyes for my writings and thoughts here, I'M BACK. FOR REAL!

Saturday, November 1, 2008

Sorry


Sorry,
I was too busy/lazy lately to write on this blog...
But, here i'm back...
Watch it out folk... and thank you for visiting and following this blog :)


Sunday, October 19, 2008

Ahah! Ape Aku Buat?


"Sakit kepala?"

"Tampal koyok!"

"Kepala nak pecah?"

"Aku capai iTunes pusing ulang dengar All That Remains - Chiron 17 suku ratus kali!"

Adduuuu.......

Feel Free To Hear Them!


Photobucket

Photobucket

Bila Aku Jatuh Cinta


"Bila aku jatuh cinta, semuanya serba tak kena..."
"Selama ini aku tak pernah ada perasaan cinta..."
"Tak pernah kenal apa itu cinta..."
"Dia yang mengajar aku erti kasih sayang..."
"Dia yang mengajar aku tentang apa itu namanya cinta..."
"Dia yang mengajar aku tentang betapa indahnya cinta..."
"Dia yang mengajar aku supaya untuk menjadi lebih kuat..."
"Kuat untuk melupakan kenangan silam yang hadir seketika umpama khayalan yang tak punya makna..."
"Mahu terbang tinggi sambil menyentuh awan..."
"Mahu bersama arnab di sebuah tempat yang indah..."
"Dia yang mahu aku taburkan bunga disekeliling ruangan hidupnya..."
"Dia yang mahukan aku sahaja yang memeluknya..."
"Dia mahukan aku jujur sepenuhnya..."
"Dia yang mahukan segalanya..."
"Dia... Dia... Dia..."
"Sayang yang takkan mungkin berubah walau sedetik masa..."
"Cinta yang hanya inginkan kebahagiaan dalam mengakhiri sebuah cereka..."
"Kekasih... terbang tinggi bersama rasakanlah cintaku, kaulah yang satu..."
"Kekasih... indah cinta ku rasa terbang bersama janji yang telah terpatri..."

P/s: sebagai manusia, tak salahkan kita menunjukkan rasa cinta dan merasai apa itu cinta?


Saturday, October 18, 2008

Murung?


Murung lagi...
Lagi dan lagi...

"Apa punca?"

"Tak tahu lah..."

Maka untuk hari yang ke berapa ntah kemurungan ini masih menjadi satu misteri... Ciss!

Friday, October 17, 2008

Ingat Lagi Tak?


"Adakah anda bayi yang lahir pada tahun 80-an?"

Membesar sambil menonton Transformers, Thundercats, Woody Wood Packer, Mickey Mouse, Jem Mask, Ninja Turtles, Voltron, Satria Baja Hitam, Ultraman, Bugs Bunny dan Power Rangers jugak siri TV seperti Knight Riders pasal aku minat kereta tu dan Mc Gyver...

Dulu-dulu kartun macam kartun Jepun Doraemon dipanggil kartun, sekarang di panggil anime...

Berus gigi masa kat sekolah. Bersama-sama teman dalam kelas, beratur ramai-ramai, lepas tu berus gigi sama-sama. Sorang-sorang pegang cawan plastik sambil bertenggek kat tepi longkang...

Check gigi kat sekolah. Dentist kerajaan yang baik dan comel, siap ada dewan khas tu. Kat situ la nak tengok betapa jantannya budak-budak lelaki yang dapat result "kena cabut"...

Ingat lagi tak, Program Susu Sekolah, hahahaha... harga time tu 30 sen sekotak, tapi kat sekolah aku dulu  free sekotak. Al maklumlah sekolah anak-anak mak bapak yang ........... (isi je pape!) Setakat 30 sen tu sekolah bayar je... (aku ada kenangan tak berapa kelat pasal program ni...)

Tak macam sekarang... dulu kalau cikgu-cikgu nak mendenda anak murid mesti siap pembaris kayu warna kuning... Sekaki panjang tu!

Semangkuk mihun sup cuma berharga 50 sen yang dijual secara rasmi di kantin sekolah...

Mamak roti yang sentiasa bising dengan hon picit tu. Kebiasaannya beliau menunggu di luar pintu sekolah. Maka boleh la membeli makanan ringan seperti cheekedis, mamee, ding dang (dapat mainan free heh!), main tikam, ais krim, uno malah ingat lagi main kad???

Masa nak enjoy adalah time Pendidikan Jasmani. Budak lelaki main bola la, budak perempuan biasa la bola baling atau bola jaring. Pada budak lelaki macam aku yang bermain bola, terasa bagai main dalam world cup pulak...

Permainan yang terbaik waktu tu baik lelaki ke perempuan, batu seremban, main guli, jentik penutup botol, batang ais krim, pepsi-cola 1,2,3, penyamun dan polis, kejar-kejar, main aci duduk, main getah...

Buku latihan...huh, dah jadi buku lukisan. Ada pulak yang siap roger member suruh main titik main conquer2, buku matematik la yang jadi mangsa, tapi tak kisah, kita main pakai otak jugak...

Popsicles... atau lebih sinonim dengan nama ais krim batang yang ada rasa milo, sirap, oren lagi kreatif bubur kacang... Baru 20 sen. Nyot-nyot dari atas ke bawah. Layan... Ceh...

Kerja seni seperti mengoyak kertas buku latihan untuk dijadikan roket dalam kelas (aku pernah buat benda bangang ni, maka roket aku tu landing dan terpacak betul2 atas sanggul kepala cikgu Bahasa Inggeris yang sedang leka menulis kat papan hitam, menyebabkan aku menerima penalti berdiri atas meja sampai habis kelas, selepas beliau menyedari bahawa beliau sedang diketawakan secara mengkikik oleh anak-anak murid beliau), atau di lipat2 menjadi kertas kecil tapi tebal dan dilastik menggunakan getah dan aktiviti membaling kapur kepada teman sedarjah...

Masa tu Michael Jackson dah jadi putih dan masih aktif bernyanyi... berbanding CD, kita hanya mendengar kaset yang berharga RM9.90 - RM15.60 saje...

Ada kelas komputer. Tapi masuk bukan nak belajar pasal komputer tapi kesahkan game SEGA dan ATARI tak lupa jugak SUPERMARIO yang masih lagi di alam 2 dimensi...

Bila kita dah besar sikit:

Dah ada member-member sekolah yang kita kenal dah kawen...

Terasa pelik bila tengok budak-budak sekarang pakai handphone ke sekolah alasan nak call mak bapak suruh ambik dari sekolah. Canggih pulak tuh... Kitorg dulu tak pakai pun mak bapak tak pernah miss datang jemput dari sekolah...

Bila terjumpa balik semua teman-teman sekolah mesti nak jugak cerita perkara lama yang terjadi kat sekolah, seperti memecahkan tingkap bilik darjah atau membaling batu bata kat makmal sains waktu ponteng hisap rokok time sekolah menengah... ;)

Hmmm... faham tak? Kalau faham, mesti korang tengah senyum-senyum kambing kan teringat kenangan lama waktu sekolah rendah? Ada ketika happy, ada ketika sedih... Agak-agak kalau kita masih di zaman tu mesti seronok kan? Ye la... mereka yang kita kenal sejak kecik kini sudahpun menjadi sahabat dalam diri walaupun ada yang terpisah jauh... Kita dah semakin tua kan?

Sambil senyum-senyum tu layan la lagu ni... ;)



Credits goes to Grace Ho for the retaining of those sweet memories back
Thank you Grace!
P/s: ada tambahan pada fakta berdasarkan pengalaman aku la tu...;)


Aheeeeeeemmmmmmm!


Tido je pukul 9 pagi lebih... bangun pukul 12 lebih. Murung, murung dan terus murung. Hari ke berapa ntah aku murung... Hari ni memanng hampeh la, selain dari menanggung kesakitan (cereka ini tak diterbitkan untuk meraih perhatian penonton) dan satu panggilan telefon yang bisa mencabar aku sebagai seorang lelaki waima menatang tu hanya gurauan! "B***!"

Aku pun hairan apa yang membuatkan aku tak tentu arah, serabut malah tahap baran aku hari ni memang tinggi sampai bangla yang bapak aku upah suruh basuh kereta tu pun aku tengking bagai dah tak ada benda lain lagi nak melepaskan marah, apa lagi di tambah dengan ragam pemandu-pemandu kota yang bisa membuatkan aku menaikkan bendera keamanan dengan menggenggam kemas semua jari kecuali jari hantu dan menunjukkan kepada mereka tanpa belas kasihan, pergi jahanam, mampos... "korang ni memang *******! Bodoh!"

Tapi still, life must go on bak kata member yang sorang ni...
So apa lagi, dah balik dalam pukul 2 petang tadi tu capai laptop, bikin playlist baru then connect kat DVD Hifi aku, pastu output nahhhh melambung! Lantaklah neighbor aku nak kata apa!!!

Bunyi rebel je semua... camou katanya...

1. More To Kill - Lamb of God
2. No Leaf Clover - Metallica
3. Unleash The Fire - Symphony X
4. The Dark Eternal Night - Dream Theater
5. Blood of the Scribe - Lamb of God
6. Holy Symphony of War - Kalmah
7. Master of Puppet - Metallica
8. Dechristianize - Vital Remains
9. Blood On The Swans - Kataklysm
10. As We Speak - Soilwork
11. Jerangkung Dalam Almari - Wings
12. Nemesis - Arch Enemy
13. Of Sins And Shadows - Symphony X
14. As I Am - Dream Theater
15. Cliffs of Clover - Eric Johnson
16. Hearts of Darkness - Cavalera Conspiracy
17. Rise Up - Yngwie Malmsteen
18. Aku Dah Bosan - Amy
19. Gita Rama Sita - Amy
20. 303 - Kula Shaker
21. Damage Control - John Petrucci
22. Army of Me - Caliban
23. In the Fire - King Diamond
24. Stillness - Shadows Fall
25. Die In Your Arms Tonight - To Die For
26. Painkiller - Judas Priest
27. Here Is Subzero, Now Plain Zero - Austrian Death Machine
28. Faceless - Godsmack
29. 94 Hours - As I Lay Dying
30. Hold On - Yngwie Malmsteen
31.  The Dawnfall - Vesania
32. The Grudge - Tool
33. Taking Over Me - Evanescence
34. Nothing is Forever - Caliban
35. Coward - Kalmah
36. Bring Your Own Bomb - System of a Down
37. Kau Bangsat - Naratu
38. Suicide Terrorist - Kreator
39. Enigma Suite - Johansson
40. Nerve - Soilwork
41. Down of Victory - Rhapsody
42. All Hope is Gone - Slipknot
43. Exterminator - Primal Scream
44. Birth of Venus Illegitima - Therion
45. Burn in Hell - Dimmu Borgir
46. Trigger - In Flames
47. Lelah - Garasi
48. Cicatriz ESP - The Mars Volta
49. Kabus Dan Sirna - Ella
50. Stabbing The Drama - Soilwork
51. Blessed The Savior - Forsaken
52. Peruvian Skies - Dream Theater
53. Y'all Want A Single (Say Fuck That) - Korn
54. "Tanya Sama Itu Hud Hud" - M.Nasir
55. Nothing Left - Psyclone Nine
56. Balada Pemuzik Jalanan - Search
57. The Mortal Coil - Carcass
58. Majestic Blue - Yngwie Malmsteen
59. Stream of Consciousness - Dream Theater
60. Bleak - Opeth

Hamik kau!!!

EMG vs. Seymour Duncan Part 2


Hmm... dilema yang berpanjangan, masih tanpa sebarang keputusan. Kat entri ni aku nak je post dengan gambar pick ups tu sekali... Tapi bila dah nama malas nak upload tu, malas la jugak. Heh! Tapi ada sedikit review tentang 3 pick ups yang aku rasa terbaik dari EMG iaitu EMG-81, EMG-85 dan EMG-85ZW Zakk Wylde.

EMG-81: Hmm... Output, bagus, tinggi malah ia direka khusus untuk lead guitarist. Secara umum, EMG-81 adalah humbuckers pick up dan EMG-81 ini jugak kan serasi untuk amplifier yang mempunyai tahap overdrive dan gain yang tinggi tentulah Marshall atau Mesa Engineering. Attack yang diberikan oleh EMG-81 ini juga mempunyai karektor beliau yang tersendiri, sustain bagus, sesuai sangat la kepada kaki yang gemar mendengar gitar mereka menjerit dan melolong hah! Magnet, hmmm dibuat dari kalau tak silap 'ceramic magnet' yang yang pantas memberikan respon, tone hahahah aku suka part ni, full body malah tone itu juga agak bright, memang menjerit la gitar time solo... hmm....

EMG-85: Hah! Yang ni untuk kaki riffing memang best... Tak kisah la dalam tune apa pun, baik dalam drop atau standard tune. Memang berat, bassy, bak kata member aku 'bottom tu!' heheh! Dah nama pun humbuckers, sound upper atau hi pula agak 'fatter'... Bunyi memang kembang habis atau wide la kan... Output, kurang muddy, bersih je sound (bergantung pada player sudah mesti...). Selalu EMG-85 ni digunakan bersama EMG-81 di bahagian neck dan EMG-81 di bahagian bridge.

EMG-85ZW Zakk Wlyde: Atuk rock yang membintangi album-album Ozzy Osbourne, Pride & Glory dan Black Label Society. EMG-85ZW ni memang direka sempena ZW, ada 2 modes, single coil atau humbuckers. Single coil adalah 'stack' dengan EMG-SA, humbuckers pulak sama ciri-ciri beliau dengan EMG-85, 'Push/Pull Pontentionmeter' dibekalkan sekali dalam volume/tone control.

Seymour Duncan... ahahaha... akan ku review nanti, masih tak siap kajian tu... tapi still ada karekter dan tahap kebagusan yang tersendiri. 

Kalau ada yang tak cukup atau tersalah, harap maklumkan... kerana selain info dari pembekal produk, ia juga di ambil dari kajian sang gitaris dan tukang perbetul gitar yang lebih arif dengan soal ini... ;)