Friday, October 17, 2008

EMG vs. Seymour Duncan Part 2


Hmm... dilema yang berpanjangan, masih tanpa sebarang keputusan. Kat entri ni aku nak je post dengan gambar pick ups tu sekali... Tapi bila dah nama malas nak upload tu, malas la jugak. Heh! Tapi ada sedikit review tentang 3 pick ups yang aku rasa terbaik dari EMG iaitu EMG-81, EMG-85 dan EMG-85ZW Zakk Wylde.

EMG-81: Hmm... Output, bagus, tinggi malah ia direka khusus untuk lead guitarist. Secara umum, EMG-81 adalah humbuckers pick up dan EMG-81 ini jugak kan serasi untuk amplifier yang mempunyai tahap overdrive dan gain yang tinggi tentulah Marshall atau Mesa Engineering. Attack yang diberikan oleh EMG-81 ini juga mempunyai karektor beliau yang tersendiri, sustain bagus, sesuai sangat la kepada kaki yang gemar mendengar gitar mereka menjerit dan melolong hah! Magnet, hmmm dibuat dari kalau tak silap 'ceramic magnet' yang yang pantas memberikan respon, tone hahahah aku suka part ni, full body malah tone itu juga agak bright, memang menjerit la gitar time solo... hmm....

EMG-85: Hah! Yang ni untuk kaki riffing memang best... Tak kisah la dalam tune apa pun, baik dalam drop atau standard tune. Memang berat, bassy, bak kata member aku 'bottom tu!' heheh! Dah nama pun humbuckers, sound upper atau hi pula agak 'fatter'... Bunyi memang kembang habis atau wide la kan... Output, kurang muddy, bersih je sound (bergantung pada player sudah mesti...). Selalu EMG-85 ni digunakan bersama EMG-81 di bahagian neck dan EMG-81 di bahagian bridge.

EMG-85ZW Zakk Wlyde: Atuk rock yang membintangi album-album Ozzy Osbourne, Pride & Glory dan Black Label Society. EMG-85ZW ni memang direka sempena ZW, ada 2 modes, single coil atau humbuckers. Single coil adalah 'stack' dengan EMG-SA, humbuckers pulak sama ciri-ciri beliau dengan EMG-85, 'Push/Pull Pontentionmeter' dibekalkan sekali dalam volume/tone control.

Seymour Duncan... ahahaha... akan ku review nanti, masih tak siap kajian tu... tapi still ada karekter dan tahap kebagusan yang tersendiri. 

Kalau ada yang tak cukup atau tersalah, harap maklumkan... kerana selain info dari pembekal produk, ia juga di ambil dari kajian sang gitaris dan tukang perbetul gitar yang lebih arif dengan soal ini... ;)


No comments: