Friday, October 17, 2008

Ingat Lagi Tak?


"Adakah anda bayi yang lahir pada tahun 80-an?"

Membesar sambil menonton Transformers, Thundercats, Woody Wood Packer, Mickey Mouse, Jem Mask, Ninja Turtles, Voltron, Satria Baja Hitam, Ultraman, Bugs Bunny dan Power Rangers jugak siri TV seperti Knight Riders pasal aku minat kereta tu dan Mc Gyver...

Dulu-dulu kartun macam kartun Jepun Doraemon dipanggil kartun, sekarang di panggil anime...

Berus gigi masa kat sekolah. Bersama-sama teman dalam kelas, beratur ramai-ramai, lepas tu berus gigi sama-sama. Sorang-sorang pegang cawan plastik sambil bertenggek kat tepi longkang...

Check gigi kat sekolah. Dentist kerajaan yang baik dan comel, siap ada dewan khas tu. Kat situ la nak tengok betapa jantannya budak-budak lelaki yang dapat result "kena cabut"...

Ingat lagi tak, Program Susu Sekolah, hahahaha... harga time tu 30 sen sekotak, tapi kat sekolah aku dulu  free sekotak. Al maklumlah sekolah anak-anak mak bapak yang ........... (isi je pape!) Setakat 30 sen tu sekolah bayar je... (aku ada kenangan tak berapa kelat pasal program ni...)

Tak macam sekarang... dulu kalau cikgu-cikgu nak mendenda anak murid mesti siap pembaris kayu warna kuning... Sekaki panjang tu!

Semangkuk mihun sup cuma berharga 50 sen yang dijual secara rasmi di kantin sekolah...

Mamak roti yang sentiasa bising dengan hon picit tu. Kebiasaannya beliau menunggu di luar pintu sekolah. Maka boleh la membeli makanan ringan seperti cheekedis, mamee, ding dang (dapat mainan free heh!), main tikam, ais krim, uno malah ingat lagi main kad???

Masa nak enjoy adalah time Pendidikan Jasmani. Budak lelaki main bola la, budak perempuan biasa la bola baling atau bola jaring. Pada budak lelaki macam aku yang bermain bola, terasa bagai main dalam world cup pulak...

Permainan yang terbaik waktu tu baik lelaki ke perempuan, batu seremban, main guli, jentik penutup botol, batang ais krim, pepsi-cola 1,2,3, penyamun dan polis, kejar-kejar, main aci duduk, main getah...

Buku latihan...huh, dah jadi buku lukisan. Ada pulak yang siap roger member suruh main titik main conquer2, buku matematik la yang jadi mangsa, tapi tak kisah, kita main pakai otak jugak...

Popsicles... atau lebih sinonim dengan nama ais krim batang yang ada rasa milo, sirap, oren lagi kreatif bubur kacang... Baru 20 sen. Nyot-nyot dari atas ke bawah. Layan... Ceh...

Kerja seni seperti mengoyak kertas buku latihan untuk dijadikan roket dalam kelas (aku pernah buat benda bangang ni, maka roket aku tu landing dan terpacak betul2 atas sanggul kepala cikgu Bahasa Inggeris yang sedang leka menulis kat papan hitam, menyebabkan aku menerima penalti berdiri atas meja sampai habis kelas, selepas beliau menyedari bahawa beliau sedang diketawakan secara mengkikik oleh anak-anak murid beliau), atau di lipat2 menjadi kertas kecil tapi tebal dan dilastik menggunakan getah dan aktiviti membaling kapur kepada teman sedarjah...

Masa tu Michael Jackson dah jadi putih dan masih aktif bernyanyi... berbanding CD, kita hanya mendengar kaset yang berharga RM9.90 - RM15.60 saje...

Ada kelas komputer. Tapi masuk bukan nak belajar pasal komputer tapi kesahkan game SEGA dan ATARI tak lupa jugak SUPERMARIO yang masih lagi di alam 2 dimensi...

Bila kita dah besar sikit:

Dah ada member-member sekolah yang kita kenal dah kawen...

Terasa pelik bila tengok budak-budak sekarang pakai handphone ke sekolah alasan nak call mak bapak suruh ambik dari sekolah. Canggih pulak tuh... Kitorg dulu tak pakai pun mak bapak tak pernah miss datang jemput dari sekolah...

Bila terjumpa balik semua teman-teman sekolah mesti nak jugak cerita perkara lama yang terjadi kat sekolah, seperti memecahkan tingkap bilik darjah atau membaling batu bata kat makmal sains waktu ponteng hisap rokok time sekolah menengah... ;)

Hmmm... faham tak? Kalau faham, mesti korang tengah senyum-senyum kambing kan teringat kenangan lama waktu sekolah rendah? Ada ketika happy, ada ketika sedih... Agak-agak kalau kita masih di zaman tu mesti seronok kan? Ye la... mereka yang kita kenal sejak kecik kini sudahpun menjadi sahabat dalam diri walaupun ada yang terpisah jauh... Kita dah semakin tua kan?

Sambil senyum-senyum tu layan la lagu ni... ;)



Credits goes to Grace Ho for the retaining of those sweet memories back
Thank you Grace!
P/s: ada tambahan pada fakta berdasarkan pengalaman aku la tu...;)


3 comments:

Puri Indah Bali said...

Hi there Zahrin is it?
well ur childhood time remind of mine one..hahahahahha...every week got free cup of milk @ school, then in Indonesia we usually watch Pak Raden and Unyil, but we got to see satria baja hitam, doraemon, sailormoon and all those stuff too..
well kind miz of that moment..
anyway thanks to drop by @myblog
cheers

bungaditepijalan said...

hahhahahaa.
saya sgt ingat!
:D

Zahrin Zulkefly said...

wedding freaks:
hahaha its memorable and worth...

bungaditepijalan:
hahahahaha
maknanya kamu adalah bayi yang lahir tahun 80-an..
best tak? best kan?