Saturday, October 11, 2008

Aku, Kacang, Mahakarya, Kaset Dan Superhero...



dia superhero yang ku panggil abah... dua di kanannya, adalah si dia yang telah melahirkan aku... inilah mereka di sebelum kelahiran aku, yang terpaut atas dasar cinta yang sangat agung antara mereka... tetapi sayang, atas kekuatan abah aku, dia membesarkan aku secara solo sehingga sekarang... (aku pun tak tahu kenapa aku nak post gambar ni...)



aku dalam beberapa detik sebelum diabadikan dalam sebuah karya,
posing mcm nak u'ukk je... tak glamour langsung...



hahaahaaa... aku mafia dulu-dulu, habis terbalik meja tu aku kerjakan
time ni abah hanya menggelengkan kepala di balik kamera tersebut...



kata abah, time ni dia bawak aku pergi shooting...
malah aku salah seorang talent dalam filem tersebut, filem apa?
cari la sendiri aku pun segan nak sebut...



si bulat yang berlagak bila sudah mendapat seplastik kacang pemberian abahnya...



dan sekali lagi... seplastik kacang ditangan menjadi kebanggaan diri...



kecik-kecik dulu, menjahanamkan kaset milik abah atau tok wan adalah hobi aku...
abah menggeleng kepala bila kaset Alleycats-nya barai ditangan aku... sorry abah...
sorry wan...



budak bulat ni bila besar dah jadi audio engineer... sekali lagi subjek menjahanamkan kaset dan perihal antara muzik dan aku menjadi perbualan hangat...



"apa yang kau pandang...?" aku dan sekotak kotak kaset yang kosong...

selepas entry ini ditulis, sambil tersenyum sorang-sorang, aku tak dapat menyembunyikan perasaan terharu dan sedih aku, hanya titisan air mata yang menjadi peneman atas kegembiraan dan kedukaan yang terpendam... berbagai persoalan yang datang dan pergi, apakah masih wujud sekelumit kebahagiaan yang tersisa untuk aku sebelum fajar melabuhkan hari?
kita mampu untuk menipu orang lain, tetapi dapatkah kita menipu diri dan persaan sendiri?

kepada abah, kasih sayangmu memang agung walaupun tak pernah engkau siarkan secara langsung menerusi mulut, tetapi aku faham apa yang engkau rasakan di sebalik senyumanmu itu...

*harap maaf, ada antara foto-foto ini yang kabur atas kecuaian aku sendiri dalam proses digitize foto-foto ini, it's periodic kan? yang penting keikhlasan dalam berkongsi secebis cerita kan? kan? kan? hehehehe...




3 comments:

Ayuni Jamaluddin said...

budak ni dah besar panjang, sekarang dia dah jadi superhero saya ;)

Ayuni Jamaluddin said...

awak, happy upcoming birthday :)
mwahhh mwahh!

Zahrin Zulkefly said...

terima kasih, superhero awak? always ;)

birthday? thank you... lambat lagi arhhh semakin tua la saya hahahahaha takut mendengar ayat itu....